"Habis Sekolah Anaknya Akan Bantu Cari Botol Dan Tin Kosong Untuk Dijual..Isi Minyak Pun RM1.00! Sedih"

"Habis Sekolah Anaknya Akan Bantu Cari Botol Dan Tin Kosong Untuk Dijual..Isi Minyak Pun RM1.00! Sedih"

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, sudah pasti sedikit sebanyak ada yang terkesan dengan kenaikkan harga barang ketika ini. Namun kehidupan tetap harus diteruskan untuk mencari rezeki yang halal. 
Satu perkongsian dari Eman Panji apabila terlihat seorang ibu dan anak yang baru pulang dari sekolah bersama-sama mencari rezeki untuk menampung kehidupan. Semoga kita dapat jadikan iktibar dan sama-sama membantu jika termampu. 
Menjelang petang, urusan di Kuantan baru sahaja selesai. Penat, letih, dahaga, panas semua bercampur aduk rasanya. Perjalanan pulang ke Pekan melalui jalan Kempadang Sg Soi. 
Setibanya di lampu isyarat Kg Pak Mahat, terlihat seorang ibu dan anak sedang membawa beg besar di kiri kanan dengan menaiki motosikal. Dengan cepat memintas mereka. Rupa rupanya terdapat tin dan botol kosong. Katanya mereka memang setiap hari mencari botol dan tin kosong. Selepas balik dari sekolah, anak sulungnya itu akan menemaninya mencari botol dan tin kosong sehingga lewat petang untuk dijual keesokannya. 
Terlihat anaknya yg masih memakai tudung sekolah itu mengesat peluh di dahi. Sayu hati melihatkan anak yang sebaya anak saya itu. Betapa dia bersusah payah membantu ibunya itu. Sungguh pengalaman hidup mematangkannya. Sempat memberikan mereka sedikit sumbangan peribadi. Teragak agak mereka untuk mengambilnya. Seketika, mereka tersenyum dan mendoakan kebaikan.
Saya meneruskan perjalanan dan singgah di stesen minyak kempadang. Setelah membeli di kedai serbaneka, terpandang kelibat mereka bergegas pergi setelah mengisi minyak. Saya melalui petrol pam tempat mereka mengisi minyak. Tersentap rasa hati. Tertera minyak yang mereka isi tadi RM1.00! Kenapa lah aku lambat tadi. Sedih sangat rasanya. 
Di zaman yang serba mencabar ini...inilah hakikatnya. Moga mereka terus tabah dan diberi kekuatan untuk menempuhi hari hari yang kian mencabar di zaman ini dan sentiasa istiqomah dalam mencari rezeki yang halal untuk mereka anak beranak yang seramai 7 orang itu.
Kepada sesiapa yang ingin berkongsi rezeki boleh hubungi :
Nama : - (maaf tak sempat bertanya)
No Tel : 0112-5586664

0 Response to ""Habis Sekolah Anaknya Akan Bantu Cari Botol Dan Tin Kosong Untuk Dijual..Isi Minyak Pun RM1.00! Sedih""

Post a Comment