"Walaupun Anak Bongsu, Aku Rasa Terabai Dan Terpinggir Dari Adik Beradik Lain"

"Walaupun Anak Bongsu, Aku Rasa Terabai Dan Terpinggir Dari Adik Beradik Lain"

Aku dilahirkan dari keluarga yang biasa2 dan walaupun anak bongsu, aku rasa aku paling terabai dalam adik beradik aku. Paling tak manja dan paling berdikari. Aku ni dari form 1 lagi dah masuk MRSM sebab nya aku memang layak dan aku memang berusaha keras nak duk asrama. 
Nampak kan kat situ permainan aku? Ya, aku menyampah duk rumah sebab kakak2 aku yang dah kahwin duduk sekali, dan yang belum kahwin apatah lagi. Jadi aku ambil keputusan untuk keluar dari rumah dan duduk di asrama. At least aku ada bilik sendiri kat asrama tu. hihihi.
Aku ni hero yang tak didendang dalam keluarga. Walau aku cemerlang macam mana pun, semua buat tak heran. Tak ada yang dapat kesan bakat aku. Aku terlalu minat melukis sampai tahap aku boleh mengadap buku lukisan kau tu seharian. Dulu ayah aku siap patahkan pensel dan bakar buku sketch aku. Takut aku tak belajar. 
Bukan nak cakap mak ayah aku tak sayang aku. Diorang sayang, cuma biasa2 je. Bayang kan aku kat MRSM tu ada la sekali dua je aku balik kampung dalam setahun. Itu pun sebab kena kosongkan asrama. Aku memang malas nak balik. Tapi aku selalu call mak ayah aku bertanya khabar. Jangan risau. Dalam doa pun aku tak pernah lupa kan mereka.
Aku dan adik beradik lain jarak umur jauh2. Kakak sulung aku dah kahwin baru aku lahir. Bayang kan lah. Masa aku dapat result SPM, aku tak lah cemerlang mana tapi aku dapat 6A 4B. Aku tekad nak ambil course aku minat selama ni, iaitu senilukis. Masa ni dan2 semua nak ambil peduli. Semua bangkang. Kata aku belajar dapat Add Math A, dah nak amik senilukis. Ada gak yang kata senilukis ni takleh cari makan.
Masa aku pergi ujian melukis yang ditetapkan untuk semua kemasukan bidang seni, calon2 semua kena lukis on the spot pokok bunga besar. Lepas tu baru interview. Penemuduga tu cakap lukisan aku yang terbaik yang dia nilai untuk hari tu. Happy gila aku time tu. Tapi aku tak dapat kongsi dengan sesiapa pun kegembiraan tu. Nanti jawapan mereka, alaaa…senilukis jek…
Aku jadi tersepit. Aku hargai pendapat semua cuma bagi lah aku buat apa aku suka. Takut tak dapat redha mak ayah, aku pun terpaksa tolak tawaran course aku minat tu dan masuk course engineering yang langsung aku tak minat. 
Setahun aku amik course tu, tekanan memang sangat2 terasa. Meraung2 aku nak balik kampung dan berhenti belajar. Tapi aku telan jugak…telan punya telan dengan pointer tak capai 3.0 pun, tapi hampir la nak ke 3.0 then akhirnya aku grad jugak.
Sekarang aku tak jadi engineer. Aku sempat jadi engineer 2 tahun je. Bukan aku tak perform. Tapi aku bosan dengan semua orang nak tentukan hidup aku. Kat tempat kerja pun sama jugak. Boss2 aku semua benda tak bagi buat, alasannya bagi lelaki buat. Kenapa masa interview tak cakap nak amik pekerja lelaki. Kan senang. 
Lepas tu aku tukar bidang, aku buat kerja lain. Lebih ke arah computer design. Macam product designer jugak lah. Banyak ngadap PC dan aku dah kurang turun tapak. Melukis guna software. Janji bahagia je aku dapat melukis. Asal dapat melukis.
Alhamdulillah dengan kehidupan sekarang, aku dah boleh tentukan hala tuju aku sendiri. Kadang2 aku menyesal tak sudah sebab bakat seni tu yang aku ada tu tak bawak aku pergi jauh. Tapi dah terlambat dah aku nak kembangkan…sekarang mampu jadi hobi je lah. Ada gak aku buat kerja2 charity melukis mural, lukis khat dan macam2 lagi. Benda kita minat ni, bila dapat luangkan masa sejam pun jadi lah kan…Hasil dia, bisa buat tersenyum sendiri.
Aku harap ibubapa dan keluarga zaman sekarang ni memandang kerjaya seni sebagai satu keistimewaan yang tak dimiliki oleh semua orang. Hargailah walau nanti ada anak yang tak pandai belajar dan ada bakat lain. Tapi aku rasa sekarang masyarakat lebih open minded kot. Dulu2 je…

0 Response to ""Walaupun Anak Bongsu, Aku Rasa Terabai Dan Terpinggir Dari Adik Beradik Lain""

Post a Comment