5 Petua Hilangkan Kencing Tak Lawas

5 Petua Hilangkan Kencing Tak Lawas

Pernahkah anda mengalami keadaan di mana apabila buang air kecil, air kencing macam tidak habis-habis. Apabila diperhatikan, aliran air kencing mengecil, aliran air kencing tersekat-sekat, Apabila buang air kecil, masih ada aliran air kencing menitis dan pernah juga rasa tidak puas selepas buang air kecil?
1. Rebus beberapa helai daun sirih. Apabila mendidih, minum air rebusan sirih berkenaan dua kali sehari.
2. Rebus sedikit biji barli sehingga kembang dan minum airnya. Ianya dapat melegakan sekiranya ada rasa sakit akibat kencing tidak lawas dan selain itu ianya juga dapat menyejukkan badan.
3. Ambil sebiji nenas yang kurang masak, Kupaskan bahagian kulitnya. Apabila siap, bersihkan dan hiris kepada beberapa potongan. Ambil beberapa potongan nenas tersebut dan kisarkan bersama beberapa gelas air. Tapis air tersebut dan minum airnya. Amalkan 2 kali sehari sehingga pulih.
4. Ambilkan air basuhan beras yang terakhir apabila selesai membasuh beras, kemudian tuangkan ke dalam sebiji gelas.Minum air basuhan beras tersebut selepas makan tengahari. Amalkan setiap hari sehinggalah masalah kencing tidak lawas anda itu sembuh.
5. Lakukakn Squat Jump. Ia adalah satu exercise dimana perlu membongkok kemudian berdiri jinjit secara berulang-ulang kali. Lakukan sebanyak 50 kali pagi dan 50 kali petang. Senaman ini adalah bertujuan untuk memperkuatkan otot-otot pada bahagian punggung penghidap.

0 Response to "5 Petua Hilangkan Kencing Tak Lawas"

Post a Comment