100 Maut Termasuk Kanak-Kanak Dalam Serangan Gas Sarin Tentera Syria

100 Maut Termasuk Kanak-Kanak Dalam Serangan Gas Sarin Tentera Syria
Sekurang-kurangnya 100 orang termasuk kanak-kanak terbunuh ekoran serangan udara yang mengeluarkan gas toksik di sebuah bandar di barat laut Syria kelmarin.
Memetik laporan RT, pegawai kesihatan Idlib, sekurang-kurangnya 400 orang cedera dalam serangan tersebut.
Balai Cerap Syria bagi Hak Asasi Manusia berkata, mereka yang terbunuh di bandar Khan Sheikhun di wilayah tengah Idlib, maut akibat lemas daripada kesan gas beracun itu.
Bagi Abdel Hameed Alyousef, ketika serangan berlaku ketika beliau bersama keluarganya.
“Saya mendukung mereka ke luar rumah bersama ibunya.
“Mereka mula-mula sedar tetapi 10 minit selepas itu, kami dapat bau (gas itu),” katanya.
Abdel Hameed kehilangan anak kembar dan isterinya dalam serangan tersebut.
Pembangkang Gabungan Kebangsaan Syria menuduh rejim Presiden Bashar al Assad bertanggungjawab atas serangan gas toksik itu dan menuntut kepada siasatan PBB.
“Gabungan Negara menuntut Majlis Keselamatan PBB mengadakan sidang tergempar…. mengadakan siasatan segera dan mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi memastikan pegawai, pelaku dan penyokong bertanggungjawab,” kata badan itu dalam satu kenyataan.

0 Response to "100 Maut Termasuk Kanak-Kanak Dalam Serangan Gas Sarin Tentera Syria"

Post a Comment