SAYU !!! "Dulu Bergurau Senda Dengan Anak Sekarang Hanya Mampu Melihat Anak Bersama Linangan Airmata"

"Dulu Bergurau Senda Dengan Anak Sekarang Hanya Mampu Melihat Anak Bersama Linangan Airmata"

Sudah pasti kita semua inginkan kesihatan yang baik. Bagi seorang ayah yang pada mulanya nampak sihat dan tiada masalah kesihatan dengan tiba-tiba hanya mampu melihat bersama linangan air mata. 
Kalau dulu boleh bermain bersama-sama anak, kini nak dukung anak sendiri pun tak mampu. Selain itu, sebagai ketua keluarga juga apabila menghidapi penyakit sebegini sudah pasti akan kehilangan punca pendapatan akibat tidak mampu untuk bekerja lagi. 
Puan Adilah Ibrahim berkongsi kisah sedih ini dan semoga kita dapat meringkan sedikit beban yang ditanggung oleh keluarga Hafiz
Luluh hati ni mengikuti satu persatu kisah Hafiz..
Sedar tak sedar, air mata saya turut bergenang.. apa lagi saya ikuti setiap satu perkembangan Hafiz tanpa gagal sejak mula dia ada masalah kesihatan, sejak 2015.
Dari seorang ayah yang ceria dan aktif ke sana sini, bergurau senda dgn anak-anak... kini dia hanya mampu melihat sahaja bersama linangan air mata yang tak pernah padam.
Nak raih anak sendiri dan dukung pun dia tak mampu..apa lagi nak timang tinggi2 seperti bapa2 lain..
Selepas pembedahan paru2 utk buang 9 inci darah beku pd April 2015, segalanya berubah.
Akibat terlantar lama di hospital- memberi efek pada pendapatan bulanan. Daripada cuti bergaji penuh, cuti separuh gaji, sehinggalah bayaran ehsan. Pergerakan pun terbatas.
Impian untuk sihat seperi sediakala sentiasa menjadi semangat utama utk Hafiz. Tanpa jemu. dia mengikuti terapi sehinggalah dapat kmbali berjalan.
Sokongan isteri yang tak pernah luak..keluarga...mengenangkan masa depan anak2, membuatkan dia semakin bersemangat untuk hidup..
Tapi, bila hari bersilih ganti...kesihatan Hafiz kembali merosot. Setiap bulan pasti admit ke rumah ke dua iaitu Hospital Serdang.
Meneruskan hidup hanya dengan jantung yang berfungsi 10% sahaja... apa yang ada dalam kepala sahabat semua?
Iye... sesak nafas yang datang secara tiba-tiba.
Pergerakan terbatas. Nak jalan sejauh 15 meter pun dia tercungap2 keletihan.
Luluh hancur hati, berderai air mata melihat kesusahan yang ditanggung isterinya. Bersusah payah menguruskan dan membesarkan anak-anak seorang diri...
Bila doktor sarankan ttg bateri untuk jantung- ia seakan satu harapan baru untuk Hafiz. Tapi bila melihat jumlah perbelanjaan tu- ia seakan malap kembali.
Mana mungkin dia mampu dengan angka sebegitu.
RM68,900 ternyata satu jumlah yang sangat besar untuk tenaga pengajar biasa sepertinya.
Hafiz hanya memandang sayu pada quotation itu... isterinya juga hanya senyum kelat.
Mereka ada apply sumbangan, jumlah terkumpul adalah rm1600. Ternyata masih jauh untuk ke 5 angka.
Untuk sahabat di sini..
marilah kita sama2 membantu memberi sinar dan nafas kehidupan kepada Hafiz. Agar dia dapat menjalani hidup yang sempurna seperti kita semua.
Sumbangan anda...
selagi nadi berdenyut..
Sebelum nafas terhenti...
TABUNG BANTUAN 
HAFIZ MOHD HANAFI
UNTUK PEMASANGAN CRTD PACEMAKER BERJUMLAH RM68,900
AKAUN BANK
1622 6327 2864(maybank)
7027 4931 24 (cimb)
NorulMubarakah Ibrahim(isteri)
No. Hp : 013 383 3210/ 019 297 3314

0 Response to "SAYU !!! "Dulu Bergurau Senda Dengan Anak Sekarang Hanya Mampu Melihat Anak Bersama Linangan Airmata""

Post a Comment