Kucing Bernama Reginald Ini Seekor Pencuri Pakaian Dalam Profesional!

Kucing Bernama Reginald Ini Seekor Pencuri Pakaian Dalam Profesional!

Jangan tertipu dengan kecomelan kucing ini. Kucing ini sebenarnya pencuri pakaian dalam bersiri!
Seluar dalam, stoking, coli, malah pakaian bayi di ampaian semuanya dicuri jenis Norwegian Forrest Cat ini!
Situasi ini menyebabkan tuan Reginald, Liza Brickell terpaksa memberi amaran kepada penduduk di Folkestone, Kent, UK, berhubung 'perangai' pelik kucing terbabit.
"Musim panas lalu, Reginald mula membawa pulang barangan dari rumah orang lain, dan kini dia kembali melakukannya!" katanya.
Setiap kali selepas menjalankan 'misinya' itu, kucing berkenaan akan menayangkan hasil curiannya di hadapan pintunya (pintu kucing) supaya dapat dilihat tuannya.
Malah, lebih memalukan Liza, Reginald akan mengejutkan keluarga mereka apabila kucing itu sekali-sekala akan membawa pulang sepasang seluar dalam dari rumah lain.
Ekoran itu, Liza meminta sesiapa yang syak pakaian atau barang mereka dicuri supaya menghubunginya.
"Dia mengambil patung mainan lembut dan pakaian yang baru dicuci dari rumah lain dan akan mmengantungkannya di pokok di dalam taman kami.
"Reginald selalu menunggu ganjarannya kerana menyangka dia telah melakukan sesuatu yang baik dan membanggakan," tambah Liza.

0 Response to "Kucing Bernama Reginald Ini Seekor Pencuri Pakaian Dalam Profesional!"

Post a Comment