"Bila Jadi Anak Sulung Ni, Semua Harapkan Yang Terbaik"

"Bila Jadi Anak Sulung Ni, Semua Harapkan Yang Terbaik"

Mungkin cerita ni tak apply untuk semua orang tp saya nak bercerita dari pengalaman anak-anak sulung atau anak-anak yang well-performed dan boleh dijadikan role model utk adik beradik dia sebab ada je anak sulung perangai hauk sampai Angah/Acik dia lg boleh harap. 
Template dia sama je: kakak/abang berjaya (dlm pelajaran lah biasanya) so parents pun pressure adik-adik ikut sama jadi mcm kakak abang dia. Adik-adik tak tahan pressure, salahkan kakak/abang dia perform bagus sangat or terus give up dgn cakap "along lain, adik lain".
Takde siapa minta nak lahir sbg anak sulung ke bongsu ke tengah ke. Jadinya boleh dianggap lahirnya kita sebagai anak sulung ni memang Tuhan percaya kita mampu pikul tanggungjawab sbg kakak/abang dan fulfil our parents' expectations. 
Lahirnya jadi adik-adik ni pula memang dgn pressure utk ikut jejak langkah kakak/abang yg berjaya. Kalau ikut saya boleh pilih nak jadi anak nombor berapa, nak jadi anak bongsu je tak payah nak fikir masalah orang lain tapi pressure pula semua org suruh itu ini. Entah lah, naakkk.
Bestnya jadi anak sulung ni ialah parents excited dapat anak first jadi diorg usaha lebih sikit utk bagi yg terbaik. Untuk anak2 seterusnya biasanya parents repeat je pengalaman dan harapkan anak sulung juga utk tengokkan adik-adik dia. That's the price utk jadi anak sulung: sentiasa diharapkan utk tengok adik dia.
Rata-rata anak sulung memang dah dipertanggungjawabkan untuk tengokkan adik dia. Cerita dia, adik dia buat salah tapi Along dia sekali didenda/bebel/sebat. Adik dia tak perform belajar, Along dia mendapatlah "kau ni selfish, dgn adik kau pun tak boleh nak tolong-tolong ajar dia". Adik kena tangkap masalah displin, Along pun terimalah "apasal kau tak boleh tengokkan adik kau tu? Tolong lah mak/abah jaga dia sikit!" Adik boros belanja, Along dia kena. Adik melawan cakap, Along dia kena jugak.
Tapi bila Along tegur adik, mak/abah cakap apa? "Biar lah adik kau tu. Dia kecil lagi." Bila Along ajak adik kemas rumah, mak abah cakap "kau kan dah biasa buat sendiri, biarlah adik kau rehat jap."
Parents memang overlook ke benda ni eh? Memang anak sulung semua ada extra ability utk carry semua masalah adik-adik dia ke? Bukan nak berkira tapi cuba tengok contohnya bila Along dapat masuk asrama/universiti, Along pun belajar la sendiri mcm mana nak apply and enrol and daftar and masuk hostel etc. 
Tapi bila adik-adik dia nak apply uni, mestilah harapkan Along dia juga tolong tak kisah la adik no berapa pun, Along mesti ada kat situ jugak settlekan segala halnya tak kira la Along ni sakit ka ada kerja ka ada laki/bini/anak punya hal ka. Sampai bila la adik-adik ni tak belajar nak explore adulthood process sendiri. Alongnya tak berkira pun tapi cuba fikir, sampai bila nak bergantung sepenuhnya kat Along utk buat SEMUA benda?
Biasanya anak sulung ni telan je tanggungjawab dia, redha je kena marah and buat je la apa parents suruh. Kita taknak jadi yg bermasalah atau yg gagal sbb nak bagi harapan utk adik-adik berjaya macam kita. Tp bila kita boleh buat semua benda, parents pun lepaskan tanggungjawab dia ke kita. Fair ke macam tu?
Ok tak kisah lah, mana yg kita boleh buat boleh bantu kita buat. Tapi bila kita ada komitmen lain (dah kahwin/busy kerja etc) and boleh tolong sikit2 je, habis parents ungkit segala kebaikan dia pernah bagi kat anak sulung. No room for mistakes ok. Sekali tak balas budi ibu bapa, tetiba semua bakti Along to the family jadi obsolete dan takde nilai. Fair ke gitu?
Kalau macam tu, buang je la anak sulung kau bila rasa dia dah takde guna sbb dia membesar dan ada komitmen lain. Buang terus. And good luck lah membesarkan anak-anak yg lain tanpa pertolongan 'sidekick' kau aka Along ni.
Tapi in the end, mesti Along ni juga yg datang balik hadap ibu bapa utk minta maaf and janji cuba lebih baik utk tolong semua orang. Sebab mcm saya kata, anak sulung je ada extra ability utk carry semua masalah adik2 dia.
Luahan ni mungkin tak apply utk semua orang tapi kalau awak anak sulung harapan utama both parents, doa lebih sikit supaya parents faham situasi kau lepas kahwin/kerja, tak boleh nak sama macam masa kau bujang/belajar. Doa lebih sikit supaya adik-adik boleh back up kau instead of lagi jahanam kan kau.
Untuk parents, ingatlah masa first nak dapat anak mesti excited and happy kan. Mesti bersyukur dapat zuriat. You work hard to raise all your children, then raise them equally. Bagi peluang yg samarata utk semua belajar membesar dan berdikari bila tiba masanya.
Suruh je semua merasa susahnya kemas rumah, susahnya nak prepare masuk uni/asrama, susahnya nak belajar and maintain result. Dah nama pun belajar nak hidup, memang lah susah. Rasanya nasihat ni apply utk semua lapisan masyarakat di Asia tak kira umur, bangsa, agama.
Semoga semua - ibu bapa, kakak, abang, adik-adik - boleh luangkan masa utk reflect dan review keluarga masing-masing sebelum tercetus salah faham ke gaduh ke apa. Kalau nak menegur tu, tegur je lah. Dah nama family, jauh mana pun kau nak merajuk kena balik semula. Kalau dah ditegur, accept and improve la. 
Kalau tak tegur, dok simpan dlm hati ja hmm sampai bila la jadi kanser dlm hati ok. Kalau orang dah berbakti, bersyukur lah. Jangan bila dah takde depan mata baru nak menangis air mata darah menyesal belaka. Kadang-kadang bila asyik kena responsible atas salah silap adik-adik, rasa lebih baik jadi anak sulung berperangai hauk je - mesti takde siapa peduli utk dijadikan role model kan.
Sekian, anak-anak sulung terpinggir.

0 Response to ""Bila Jadi Anak Sulung Ni, Semua Harapkan Yang Terbaik""

Post a Comment