Isteri ini dibelasah oleh suaminya sendiri kerana periksa handphone suami..

Isteri ini dibelasah oleh suaminya sendiri kerana periksa handphone suami..
JOHOR BAHRU - Gara-gara memeriksa telefon bimbit suami, seorang surirumah cedera di muka dan lebam di beberapa bahagian badan akibat dibelasah lelaki terbabit. 
Dalam kejadian jam 11.00 malam, Isnin, Sakulin Dungul, 38, mengesyaki suaminya, Jason, 46, mempunyai perempuan lain, mencetuskan pergaduhan di kediaman mereka di Jalan Nakhoda 21, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai.
Mangsa keturunan Dusun itu kemudian memeriksa telefon bimbit suaminya menyebabkan lelaki itu menarik rambut, memukul kepala dan menumbuk muka isterinya. 
"Akibat dipukul, saya mengalami sakit serta lebam-lebam di bahagian muka kiri dan kanan, leher serta bengkak di bahagian belakang kepala," katanya. 
Ekoran kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Taman Ungku Tun Aminah jam 11.23 malam tadi.

0 Response to "Isteri ini dibelasah oleh suaminya sendiri kerana periksa handphone suami.."

Post a Comment