Kira-kira jam 10.50 pagi semalam, pelakon Shima Anuar telah sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohd Solih Toha, 41, dengan sekali lafaz.
Pemilik nama sebenar, Noor Hashimah Anuar, 26, yang dikenali selepas membintangi filem Highland Tower itu diijabkabulkan dengan jejaka pilihannya di kediaman keluarganya di Rawang.
Dalam jalis tersebut, pelakon filem '7 Petala Cinta' itu menerima mas kahwin RM8,000 manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.
Shima mengikat tali pertunangan dengan Mohd Solih yang juga duda kepada dua cahaya mata pada 17 Disember lalu.
Pasangan itu mula berkenalan pada Jun tahun lalu dan bagi mereka, faktor usia serta perbezaan bidang kerjaya bukan penghalang untuk membina hidup bersama.
Dalam pada itu, pasangan mempelai telah diraikan pada majlis resepsi yang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara, malam semalam.
0 Response to "40 FOTO - SEKITAR MAJLIS NIKAH, RESEPSI & MALAM BERINAI SHIMA ANUAR"
Post a Comment