Kota Bharu: Dua remaja lelaki berusia 17 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, terhadap tuduhan merompak secara berkumpulan dan merogol wanita berusia 27 tahun, tengah bulan lalu.
Dua remaja yang sudah tidak bersekolah itu bagaimanapun, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di depan Majistret Mohd Isa Mohamed.
Mengikut kertas pertuduhan, dua remaja itu bersama seorang rakan yang masih bebas melakukan rompakan berkumpulan terhadap mangsa dengan mengambil satu komputer riba, tiga telefon bimbit, seunit alat pemain DVD, dua beg sandang dan wang dengan anggaran kerugian RM2,000 di sebuah rumah di Kampung Tawang, dekat Bachok, pada 4 pagi, 15 Julai lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan
Tertuduh pertama dan kedua turut didakwa merogol mangsa di tempat yang sama masing-masing pada jam 4.50 pagi dan 4.55 pagi pada hari sama.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebat - Harian Metro
0 Response to "2 Remaja Lelaki Berusia 17 tahun Rompak Dah Rogol Wanita Berusia 27 Tahun."
Post a Comment